Candi Rara
Jonggrang atau Lara Jonggrang yang
terletak di desa Prambanan ialah kompleks candi Hindu yang terbesar bukan saja di Indonesia, tetapi juga di Asia
Tenggara. Ia terletak di pulau Jawa, kurang lebih 20Km di timur Yogyakarta, 40 Km di barat Surakarta dan 120 Km di selatan Semarang, tepat pada sempadan antara provinsiJawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta.
Candi ini
dibina pada sekitar tahun 850M semasa wangsa Sanjaya. Bagaimanapun, candi ini dibina oleh Rakai Pikatan, raja kedua wangsa Mataram I atau oleh Balitung
Maha Sambu, tidak dapat dipastikan. Tidak
lama selepas dibina, candi ini ditinggalkan dan mulai rusak.
Pada tahun 1733M, Candi Rara Jonggrang ditemukan oleh C.A Lons, seorang anak Belanda. Kemudian pada tahun 1855M, Izerman mula membersihkan dan memindahkan beberapa batu dan tanah dari
bilik candi. Tidak lama kemudian, Groneman melakukan pemusnahan secara
besar-besaran dan batu-batu candi tersebut ditimbunkan secara sembarangan di
sepanjang Sungai Opak.
Pada
tahun-tahun 1902-1903, candi ini mula dibaik pulih oleh Van Erp. Usahanya dilanjutkan secara
lebih sistematik oleh Jabatan Purbakala (Oudheidkundige Dienst ) di
bawah P.J. Perquin pada tahun 1918-1926. De Haan melanjutkan usaha
pembaikpulihan ini pada tahun 1926 sehingga akhir hayatnya pada tahun 1930. Pada tahun 1931, usahanya dilanjutkan oleh Ir. V.R. van Romondt sehingga tahun 1942, dan
kemudian usaha pembaikpulihan itu diserahkan kepada putera Indonesia dan ini
berlanjut sehingga tahun 1993. [1]
Banyak bahagian
candi yang dibaik pulih dengan menggunakan batu baru, kerana batu-batu yang
asli banyak dicuri atau dipakai semula di tempat-tempat lain. Sebuah candi
hanya akan dibaik pulih oleh Kerajaan Indonesia jika sekurang-kurangnya 75%
batu asli masih ada. Oleh sebab itu, banyak candi kecil tidak dibaik pulih dan
hanya struktur asasnya dapat dilihat.
Candi Rara
Jonggrang sekarang merupakan sebuah tapak yang dilindungi oleh UNESCO, mulai tahun 1991. Antara lain, ini bermakna bahawa candi ini kini terlindung dan memiliki
status istimewa seperti dalam keadaan perang.
Candi Rara Jonggrang
adalah candi Hindu yang terbesar di Asia Tenggara. Bangunan utama 47 meter tingginya. Kompleks candi ini terdiri daripada
lapan buah candi utama dan melebihi 250 buah candi kecil yang ukurannya
berbeza-beza dan disebut perwara. Tiga buah candinya yang utama dipanggil Trisakti dan
didedikasikan kepada Trimurti, tiga kekuatan Brahman:
Candi Siwa di tengah-tengah mengandungi empat ruangan, dengan satu ruangan di setiap
arah mata angin. Yang pertama mengandungi sebuah arca Dewa Siwa setinggi tiga
meter, dengan tiga yang lain mengandungi arca-arca yang lebih kecil ukurannya, yaitu arca Durga sakti atau isteri Dewa Siwa, Agastya, gurunya, dan Ganesa, puteranya.
Arca Durga juga
disebut sebagai Rara atau Lara/Loro Jongrang (dara langsing)
oleh penduduk setempat. Dua buah candi yang lain yang didedikasikan kepada Dewa
Wishnu dan Dewa Brahma masing-masing menghadap ke arah utara dan ke arah
selatan. Selain itu, adanya beberapa candi kecil yang lain yang didedikasikan
kepada sang lembu Nandini, wahana Dewa Siwa, sang Angsa, wahana Dewa Brahma, dan sang Garuda, wahana Dewa Wishnu.
Ukir timbul di 20 sisi candi ini
menggambarkan roman kesateriaanRamayana. Bagaimanapun, versinya berbeza dengan Kakawin
RamayanaJawa Kuno, tetapi mirip dengan cerita Ramayana yang diturunkan melalui tradisi lisan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar